PROVEN METHOD! ANAK PANDAI BACA HURUF HIJAIYAH SEAWAL 2 TAHUN 9 BULAN (TERKINI, JULY 2020)

Tonton video di bawah  untuk tengok hasil teknik yang kami guna.

Sila scroll di bawah untuk video Adik Hasya Huwaina, 2 tahun 9 bulan ketika diuji ketepatan huruf yang ditanya. 

Mak Ayah Selalu Risau Sebab.......

Tidak Tahu Teknik

Ramai ibubapa tidak tahu teknik yang sesuai untuk mengajar anak membaca pada awal usia.

Tiada Alat & Bahan Sesuai

Pilihan yang banyak di pasaran menyebabkan ibubapa memberi alat yang kurang sesuai kepada anak.

Anak Tak Duduk Diam

Anak terlalu aktif sehingga ibubapa buntu cara terbaik untuk mengajar anak walaupun mereka sedang bermain.

Keliru ABC / Alif Ba Ta

Dengan desakan silibus dan sistem pendidikan di Malaysia, kebanyakan ibubapa keliru untuk mengajar dahulu sama ada ABC atau huruf jawi.

Anak Tak Suka Buku

Ada segelintir anak yang tidak suka kepada sesuatu objek yang berbentuk seperti buku. Mereka lebih suka objek yang “handy” dan tidak terlalu formal.

Mak Jadi Singa

Ramai ibu menjadi singa jadian semasa mengajar anak membaca disebabkan kurang ilmu tentang sikap dan emosi anak.

Info ini Untuk Anda!

TAHUKAH ANDA TEKNIK FLASH ADALAH TEKNIK YANG PALING BERKESAN UNTUK MENGAJAR ANAK MEMBACA?

Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda usia 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.

Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respon terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit.

Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.

Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.

Bila gambar atau huruf / perkataan diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui perkataan atau gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.

Kenapa Anak Suka Membaca Guna Teknik Flash?

Interaksi antara Ibubapa dan Anak

Suasana happy dan interaksi dengan anak-anak mewujudkan rasa kasih sayang seterusnya dapat menghadkan penggunaan gajet, ipad, tablet, tv dikalangan ibubapa sendiri. Jika ibubapa selalu bermain dengan gajet yang ada, anak juga akan meniru sikap ibubapa apabila mereka besar nanti. Di samping pembelajaran al-Quran adalah lebih baik daripada ibubapa sendiri sepertimana Rasulullah telah memulakan pembelajaran al-Quran dirumah baginda sendiri, kemudian baru baginda mengajar alQuran di rumah al-Arqam abi al-Arqam.

Visual Metod

Dalam mengajar anak yang seawal usia, kita perlu menggabungkan deria penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Dalam sistem flashcard ini, ia telah menggabungkan kesemua deria anak untuk bertindakbalas dan merangsang otak mereka. Anak akan melihat, mendengar, membuat kelakuan/tindakan seperti mana apa yang dilihat dan didengar dan dalam waktu yang sama menyentuh/merasa sesuatu melalui pergerakan yang dibuat. Oleh itu, anak akan lebih cepat faham dan belajar setiap perkataan yang dilihat dan didengar. 

Speech Theraphy

Jika anak anda mempunyai masalah pelat bercakap, salah satu cara untuk mengurangkan masalah pelat yang dialami adalah dengan mengajar membaca al-Quran. Menurut pakar, bagi anak yang mempunyai masalah pelat, ibubapa perlu bercakap dengan sebutan yang betul dan anak perlu menggerakkan otot mukanya supaya dapat disebut dengan jelas. Oleh itu, al-Quran adalah therapy yang terbaik kerana al-Quran perlu disebut dengan betul (makhraj huruf) dan jelas ketika membaca. Inshaallah masalah pelat akan hilang secara berperingkat.

Warna - Warni

Melalui flash felt ini juga, anak anda mudah dirangsang dengan warna yang sangat menarik. Bagi anak yang berusia 3bulan pertama, bayi lebih senang melihat warna dan corak yang mempunyai kontras tinggi seperti warna hitam dan putih. Warna dan corak hitam & putih berkontras setinggi 100% yang ditayangkan dihadapan bayi adalah material yang paling mudah untuk dilihat dan akan menarik perhatian bayi. Semakin umurnya meningkat barulah bayi pandai membezakan tona-tona warna hitam dan putih sebelum mula dapat menilai warna-warna lain disekelilingnya. Pada usia 6bulan ke atas, ibubapa boleh mula mengajar menggunakan flash felt yang berwarna warni bagi memberi stimulasi penglihatan kepada warna yang lain pula.

TAPI NAK AJAR MANA SATU DULU? ABC ATAU ALIF BA TA?

Soalan ini selalu menjadi perbualan dan kekeliruan ibu bapa yang baru mempunyai anak sulung. Dan kami pasti anda masih mencari jawapan yang kukuh supaya anda rasa itu adalah yang terbaik untuk anak anda.

Menurut Imam Al-Ghazali, beliau berpendapat kita perlu mengajar Ilmu al-Quran dahulu kerana ia akan membentuk ilmu naqli kemudian baru ilmu aqli (matematik, sains, geo, dll). Kanak-kanak yang boleh membaca al-Quran pada usia yang awal akan lebih berjaya dalam akhlaqnya, akademiknya, sahsiah dan sebagainya. Kerana ilmu al-Quran itu akan membentuk peribadi dan perkembangan otak yang berbeza dengan ilmu yang lain. 

Abul Hasan al-Mawardi mengingatkan kepada kita tentang pentingnya mengajar al-Quran kepada anak. “Apabila seorang anak sudah mencapai usia pendidikan, maka sudah sepatutnya dimulai dengan mengajar al-Quran bersamaaan dengan bahasa Arab. Sebab, Allah menurunkan al-Quran dengan menggunakan bahasa Arab, menjelaskan syariat dan pelbagai kewajiban dalam agama dengan bahasa Arab. Dengan bahasa Arab juga, Rasulullah s.a.w. menjelaskan sunnah-sunnah beliau. Kitab agama, hikmah, serius, humor juga ditulis dalam bahasa Arab. Surat-surat dan pelbagai dokumen yang Allah jadikan sebagai piagam juga ditulis dalam bahasa Arab. Oleh kerana itu, anak-anak ini harus mempelajarinya. Sebab kalau tidak, dia akan menjadi orang yang tidak mengerti tentang urusan agama. Di samping itu, bahasa Arab memiliki pelbagai kelebihan yang tidak dimililki oleh bahasa lain dari segi kefasihan, sastera, kemewahan dalam pengucapan, keelokan dalam pengucapan, pendengaran, kekayaan kosakata, pengimbangan harakat, keseimbangan jumlah huruf dalam kata. 

Flash Felt Hijaiyah

Material Felt

Material felt yang lembut dan sesuai untuk bayi seawal 6 bulan. Ia selamat kerana boleh dipegang dan tiada bucu tajam yang boleh mencederakan anak.  *Walaubagaimanapun, ia masih perlu dibawah pemantauan ibubapa.

Huruf Timbul & Jelas

Ia sesuai untuk memberi pendedahan anak kepada teknik menulis dengan betul. Huruf yang timbul boleh merangsang penglihatan dan deria sentuhan anak. 

Warna-warni

 

Anak boleh mengenal warna melalui flash felt dan merangsang emosi ceria anak ketika bermain.

Boleh Dibasuh

Flash felt ini mudah dibasuh dengan tangan dan di”iron” untuk menjadikan ia bersih dan kelihatan baru. 

Tahan Lama

Flash felt ini boleh digunakan sehingga ke beberapa generasi daripada abang/kakak ke adik. Ia juga boleh digunakan berulang-ulang kerana ia tidak mudah koyak.

"Tools Games"

Ia mudah dibawa kemana-mana dan mudah dipasang. Oleh itu ia sesuai untuk dijadikan bahan untuk perlbagai permainan/game eg. sight a& memory test game

Jom Baca Feedback Mommy Yang
Menggunakan Flash Felt

Chieq T Hassan
Chieq T Hassan
Read More
Berkenan sangat..nampak kemas, penggunaan warna-warna yg terang dan ceria boleh memikat hati anak untuk belajar kenal huruf, sambil-sambil tu boleh belajar kenal warna sama 😍 dan yang bagus juga boleh dibasuh, selamat untuk anak main 👍
ذاتيل الأقمر‎
ذاتيل الأقمر‎
Read More
Flashfelt yang sangat sesuai untuk bayi 5 bulan yang sedang aktif tangan dan jari jemari untuk menggenggam objek.. Terima kasih banyak kenalkan flashfelt, recommended!!!
 Azaina Lanus
Azaina Lanus
Read More
Produk yg sangat bermanfaat untuk bayi dan anak kecik. Kualiti memang terjamin. Siap boleh basuh dan hurufnya langsung tidak tertanggal. Dah guna 1 tahun masih kukuh xde yg rosak walaupun anak selalu guna. size yg compact, ringan so anak2 pun senang utk pegang, bermain sambil belajar. warna warni yg bermanfaat untuk merangsang perkembangan eye contact anak. Ni buku wajib anak saya kemana-mana sahaja dia pergi. 😊
Previous
Next
Ainaa Mohd Noor
Ainaa Mohd Noor
Read More
Anak saya belum sampai 3 bulan...tapi mama excited nak guna feltflash. Sebelum nie memang setiap hari dengarkan huruf hujaiyah kat anak. Sekarang kasi dengar sambil tunjuk feltflash nampak sangat anak tertarik dengan warna merah...lagi seronok bila anak bagi respon.😍
Nor Zawani Abdul Halim
Nor Zawani Abdul Halim
Read More
Saya rasa flashfelt ni sangat berbaloi-baloi...dulu,along ajar abang ngah n alang abc,alif ba ta guna flash felt ni...Now,abg ngah yang ajar adik plak baca...sambil bermain pon boleh belajar secara tak langsung
Nur Lavender
Nur Lavender
Read More
Semalam sampai terus rasmi bagi dekat baby Harraz...First flash felt (Set Hijaiyah) kita ajar ayat Allah dulu @ ayat Al-Quran, semoga dengan usaha umi ni anak umi dipermudahkan dan diberkati dalam menuntut ilmu, amin. Meh kita dok ulang2 sebut dan tunjuk dekat dia... biar sekarang taktau apa2 jangan nanti kita yg pusing kepala 🎯 . tengok reaction dia... mam dulu 1,2,3 flash felt... habis dah basah lencun 😘 Harraz baru beberapa hari lepas masuk 5 bulan
Previous
Next

Keseronokan Anak Menerokai Dunia Flash Felt

0
Set Flash Felt Terjual

Dah Sedia untuk Selesaikan Masalah Anak Membaca?

Flash felt ini membantu anak anda membaca dengan lebih cepat seawal 4tahun. Hilangkan kerisauan anda melihat modul sekolah rendah dengan membeli produk ini sekarang. Klik pada button di bawah untuk dapatkan FLASH FELT dengan diskaun 15% sekarang.

Tips Mula Ajar Anak Membaca Dengan Berkesan

Ya, inshallah. Kami sarankan:

Imbaskan huruf ini setiap hari secara konsisten pada waktu pagi dan malam.

Tempoh singkat selama 5minit sahaja.

Imbaskan dengan laju, 1 atau 2 saat bagi setiap huruf.

Simpan flash felt ini sehingga anda dapat hasil yang anda idamkan.

Boleh berikan flash felt ini sebagai “reward” untuk anak bermain dan belajar mengenal warna atau aktiviti lain.

Imbaskan huruf  ketika mood anak sedang happy dan bermain.

Pastikan juga mood anda tenang dan gembira.

Amalkan doa penerang hati dan tiup diubun anak.

Happy betul dia bila dapat flash felt, ke mana-mana pun dia bawa! 😄

Masih ragu – ragu untuk membeli flash felt? Anda boleh dapatkan maklumat lanjut melalui soalan lazim di bawah untuk bantu anda buat keputusan. 

Soalan Lazim

Flash felt ini sesuai digunakan seawal 6buulan sehingga 6tahun. Ada juga customer kami di kalangan guru dan digunakan sebagai bahan Pdp mereka.

Saiz : 8.2cm x 9.6cm. Setiap huruf ada di depan dan belakang felt kecuali bagi set nombor. Nombor diletakkan di bahagian hadapan felt sahaja. 

Ya, ia boleh dibasuh menggunakan tangan. Hanya gosok dibahagian yang kotor. Ia tidak boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh.

Tidak, flash felt ini mempunyai lubang dan eyelet dibucu flash felt supaya ia mudah disimpan dan tidak mudah hilang malah ia boleh digantung mengikut kreativiti masing-masing. Kami menyediakan tali yang lembut untuk digantung secara PERCUMA!

Kami menyedikan beberapa set untuk pilihan:

  • Hijaiyah
  • ABC Huruf Besar (Uppercase)
  • ABC Huruf Kecil (Lowercase)
  • Nombor 1-10
  • Nombor (Jawi)
  • Iqra’ (Baris Atas)
We use cookies to improve your experience on our website. By browsing this website, you agree to our use of cookies.
Need Help? Chat with us