5 Minit Yang Berharga

5 Minit Yang Berharga
=================

Pernah ada seorang anak sekolah rendah ditanya apa itu LOVE?

Jawabnya LOVE itu TIME Ibu ayah bekerja untuk anak-anak. Tetapi kadang-kadang bila kita penat, kita lupakan mereka. Kita pandang dan beri perhatian pada phone. Dalam phone, ada kawan, keluarga, officemate tapi kita lupa anak depan mata.

Kadang- kadang mereka menangis, sebab tak cukup perhatian. Anak dahagakan kasih sayang ibu dan ayah. Tapi kita masih beri phone pada mereka. Mereka dapat kasih sayang dari kartun, nyanyian, robot, unicorn, dan sebagainya. Sehingga mereka menangis meronta tak dapat kasihsayang phone dan mereka lupa kasih sayang ibu ayah.

Betullah 5minit itu sangat berharga bagi anak-anak. Kita bermain dengan mereka,
5 minit itulah menjadi memori sepanjang hidup mereka.
5 minit itulah menjadi luahan kasih rindu mereka
5 minit itulah menjadi semangat belajar mereka
5 minit itulah menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

 

Jom kita spend 5minit berharga untuk anak!

Sharing daripada nanag783 (ig)
“Ok la tu khaleel…5 minit je boleh fokus, lepas tu tak mau dah..🤣🤣tak mau paksa dia..Alhamdulillah tak sangka 15 huruf hijaiyah dia ingat…
Pernah dengar dulu orang kata, kalau nak ajar anak, mulakan dengan huruf al-Quran nanti ilmu yang lain mudah meresap..betulla tu…sebab saya dah test kat abang dia.. Alhamdulillah”🤲😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 
 
 

We use cookies to improve your experience on our website. By browsing this website, you agree to our use of cookies.
Need Help? Chat with us